Friday, February 1, 2008

Kita Sebagai Insan.............

Kadang2 kita sedar kelemahan kita, sedar kite bkn baik sgt...Lalu kita bertekad ingin berubah......
Tp kadang2 kita tersasar juga...
Kita mudah menilai org...mudah melihat kelemahan org....namun kelemahan sendiri kita tolak ke tepi...
Dan Paling teruk apabila kita rasa diri terlalu perfect...

Oleh itu marilah sama2 kita berdoa kepadanya agar di bersihkan hati kita dan ditetapkan iman kita....
Sabda Rasulullah saw: "Di dalam tubuh anak Adam itu adalah seketul daging, yang mana baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. Jika jahat daging itu, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu ialah hati."

Pembersihan hati & jiwa sgt penting...............
(dari http://nurjeehan.hadithuna.com/category/ibadah-koleksi-doa/page/8/)

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)Muhammad Isa Selamat

Allah swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  • Ikhlas ingin bertaubat
  • Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  • Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  • Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  • Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

2 comments:

Anonymous said...

mne jpe link nurjeahan tu?kat payload ke?huhu..

deeya said...

ch0ch01ic: cam tau2 jer:-)