Monday, October 11, 2010

Maher Zain + Ruben (Abu-Bakr) + Islam

Maher Zain...
Mula2 dgr dr status fb nurin+ ana (yg setiap hr dgr laju nya)
Dlm hati duk tertanya best ker?..
Satu hari waktu keja (ganti org) rs sgt boring...
So google la lagunya kat youtube..
Mmg sgt menyentuh hati....
Pastu terus jatuh cinta..
Tiap2 hr pun dgr

Smlm ana tnya,
Noni dah dgr lagu "open ur eyes" yg der pasal Ruben (Abu Bakr) tu?
sy kata belum..
Terus google
Bila tgk video nie...hari rs sgt sayu....



Air mata menitik...sebak rasanya.......

Siapakah Ruben? & How he became a Muslim

"Ruben berasal dr Australia.
Mempunyai pelbagai masalah
(Dia sangat-sangat bermasalah; malah ada kes polis, dan mengalami ketagihan arak. Mungkin kita rasa keadaan tuh da cukup membebankan bagi Abu Bakr. Ditambah lagi dengan kematian seorang kawannya.) Membuatkan dia terfikir : "What is actually the purpose of living?".

Persoalan tersebut bermain-main di fikirannya menyebabkan Ruben pergi bertanya kepada paderi-paderi di hampir semua church yang ada. Tetapi jawapan yang diperolehinya bukanlah jawapan yang dirasakan benar, kerana jawapan-jawapan tersebut adalah hanyalah pendapat mereka. Jawapan masih tidak dapat dicari lagi, termasuk kitab 'Bible' masih tidak dapat memberikan jawapan yang diingini.

Kemudian, timbul keinginan Ruben untuk bertanya kepada kawannya seorang kristian yang membuat kajian tentang agama-agama lain termasuk agama Hindu, Buddha, Yahudi. Ruben menyoal, "What about Islam?"
Kawannya menjawab, "Islam? Terrorist! I'm not gonna investigate that religion, they're crazy!"

Pernah satu ketika, Ruben tanpa menanggalkan kasutnya melintasi masjid, termasuk melangkah orang yang sedang sujud. Kemudian Ruben berjumpa dengan seorang lecturer yang dia kenali bernama Abu Hamza yang berjanggut. Di dalam hatinya menyebut "Today I'm about to die...". kerana bimbang lecturer tersebut memarahinya atas tidak hormatnya kepada masjid.

Soalan yang pernah ditanya kepada kesemua paderi-paderi diajukan kepada lecturer tersebut. Dengan akhlak mulianya, Abu Hamza mengangkat Al-Quran dan menunjukkan ayat-ayat tertentu, "This is the answer".

Ruben terkejut kerana jawapan telah ditemui, Ruben bertanya lagi soalan-soalan yang mencabar untuk meyakinkan dirinya, "Why the women have to wear the scarf? Why hijab?...(dan lain-lain)"

Setiap soalan yang ditanya hanya dijawab dengan menggunakan kitab Al-Quran tersebut. Ruben sedikit kecewa, tetapi tetap tidak berputus asa bertanya kepada orang lain. Sampailah kepada seorang hamba Allah yang ditanyakan "What's your opinion on the matter?"

Dan dijawabnya, "I cannot have an opinion when this is a word from God"

Ruben terkejut dan bermonolog, "That word really hit me"

Kemudian dia mengambil Al-Quran untuk terus mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang lain. Al-Quran diangkat tinggi kerana dia berasakan kitab tersebut perlu dihormati. Al-Quran terus dibaca dan Ruben terdetik untuk melakukan sesuatu. Dia menyalakan lilin di sekelilingnya, dia berharap untuk membuktikan kejadian-kejadian saintifik seperti bukit yang timbul daripada tanah dan bagaimana janin boleh mengembang menjadi manusia. Dalam hatinya sudah ada serba sedikit untuk memeluk islam akan tetapi dia menginginkan tanda-tanda keajaiban daripada Allah.

Ruben cuba untuk berdialog dengan Allah, "Allah, this is my moment, this is the time I'm about to jump into Islam" "Just a little sign, nothing huge..."

Tiada apa-apa yang terjadi, Ruben kecewa dan tidak berputus asa, buat kali kedua lagi cuba untuk berdialog "Allah, this is your chance..." "Go..."

Tiada apa-apa pun yang terjadi. Dengan perasaan kecewa "...this is my last chance..." membuka balik Al-Quran dan menyambung bahagian ayat yang dia berhenti seketika tadi.

Ruben tergamam dengan ayat seterusnya yang lebih kurang maksudnya, "Have We not shown you enough already, look around you, look at the stars, look at the sun, look at water, this is the sign of the people of knowledge" Ruben menyesal atas keangkuhannya dan ingin terus memeluk islam pada keesokan harinya. Ruben menghabiskan telah masa 6 bulan untuk membuat kajian lebih mendalam tentang islam. Segala perasaan takut dan tidak tenang habis keluar setelah dia memeluk islam dan sejak daripada itu, Ruben mempunyai banyak sahabat-sahabat.


Pengajaran buat muslimin :

1. Adakah kita pernah terfikir akan tujuan hidup kita di muka bumi ini?

2. Sejauh mana usaha kita dalam menuntut ilmu? Sebagaiman Ruben berusaha untuk mencari jawapan kepada banyak persoalan-persoalan yang bermain di mindanya.

3. Pernah kita berasa diri ini sudah cukup banyak amal, sehinggakan mengharapkan keajaiban berlaku atas doa yang kita mohon tanpa berusaha? Kata Abe Lah "Kita ni hamba, jangan jadi tuhan. Hamba kena berusaha, jangan malas berusaha dengan harap pada doa sahaja. Jangan jadikan Allah itu pula hamba kita (Wal'iazubillah)"

4. Ruben mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk memantapkan aqidah kepercayaannya terhadap Allah dan Islam, tetapi bagaimana dengan kita? Cukupkah sekadar belajar Pendidikan Islam di sekolah? Tambahan pula dengan golongan yang jahil murakkab. Yakni golongan yang memandai-mandai dan menuduh-tuduh dalam agama sedangkan ilmunya sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan ilmu para alim ulama terdahulu. Tambahan lagi dengan golongan yang menghuraikan maksud ayat-ayat al-Quran dengan nafsunya tetapi tidak bersandarkan kepada ulama yang tinggi ilmunya."

Di rumus/di copy paste dari website2 berikut :

http://ku-faiz.blogspot.com/2010/09/kisah-menakjubkan-ruben-abu-bakr.html
http://krimterengganu.wordpress.com/2010/01/26/kisah-abu-bakr-ruben-dari-australia/
http://seekinganur.wordpress.com/2010/03/12/ruben-abu-bakr/

Note : mengikut google-an surah yg di bacanya adalah surah Al-Baqarah

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah:164)