Saturday, February 23, 2008

Kasut.....

Kasut..

Kasut melambangkan perjalanan....

Kasut melamambangkan sejauh mana kita sudah melangkah....

Kasut juga umpama teman........

Senang nak cari nak cari kasut...tp bukan sng nak cari kasut yg sesuai ngan kita..

Yg buat kite selesa....yg x menyakitkan kita.....yg tahan lama.......dan yg sesuai di bawa kemana2....


Kasut yg best..pandai tul org yg tlg pilih tue...thanks:-)

Friday, February 22, 2008

Sushi day.....

Akhirnya niat aku nak wat sushi sendiri tercapai...dh lama aku nak wat..yer arr last time aku wat pun ngan Qma last year.....


Sebelum aku lupa cara2nya baik aku wat....tp nak cari bhn dier punya la ssh...yer arr...x semua seaweed halal.....so nak cari yg ader cop halal punya la ssh......pastu beras dia lak xder kat carefour...hampir putus asa aku jadiknya..huhu....





nie ler bhn2 nyer.....



OK dh siap...sowi la rupe dia buruk ckit...pasal aku xder map dier..so dia kembang :-)

kepada kwn2 aku..."sowi ek buruk ckit..nnt aku praktis lg.."

Thursday, February 21, 2008

Girls Day Out......





Date : 18th Febuary 2008

Location : Bagan Lalang


Girls Day Out at Bagan Lalang.........


Nice day...

Nice kelik....

Nice place...

Nice activities..

Nice Food......








Wednesday, February 13, 2008

Mengapa adanya dugaan.........

Semalam aku terbaca satu artikel dari sebuah majalah.....kata-kata dari seorang kanselor itu menarik minat aku...
Ayatnya berbunyi begini:

"Sesungguhnya sesuatu yg Allah takdirkan pasti akan terjadi. Kita tidak mempunyai pilihan, selain menerima takdir itu kerana Allah yg menentukan.
Dengan adanya cubaan, kita mendapat pahala & dosa diampuni sekiranya kita bersabar & redha dgn cubaan itu.
Maka berbahagia org yg di timpa musibah @ kekurangan yg dimiliki atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap ujian Allah"

hadis ada menyebut:
"Sesiapa dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya Allah akn memberinya cubaan"..

Wednesday, February 6, 2008

Kadangkala.....

Kadangkala...
Kadangkala aku rasa dugaan yg tuhan berikan untuk aku terlalu berat....
Kadangkala..aku rasa kenapa aku seorang jer.....
kadangkala aku rasa kenapa aku??...
Namun.... Kadangkala aku rasa kesedihan, kedukaan umpama tergigit cili jer...sakitnya sekejap..apabila kita mkn sesuatu yg manis semuanya akan lenyap..rasa pedas tu hilang...dah kite dh lupa yg kita baru jer tergigit cili...
Dan Kadangkala....aku tersedar itulah yg aku pegang selama nie....dan itulah salah satu sbb aku dpt teruskan hidup dgn tabah...

Saturday, February 2, 2008

Kemana kamu Semua ha?.....


Arini kat ofis agak bosan...ye la..ramai gak teammate aku yg xder...baru aku tau rupanya diorg ni penting gak dlm menentukan tahap keboringan aku...huhu

Semalam aku..ana..n fais p jogging di Taman Putra Perdana....Ni semua sebab aku rasa, aku dh semakin "Comel"..huhu

Thanks to anna n fais yg bg moral support......tp ms jogging aku yg pancit dulu..huhu...Xleh jadik nie..aku kena tingkatkan stamina nie......

Ms jogging sempat gak la fais snap 2-3 kpg gambar kami ber3. Tp bkn gambar nie...gambar nie aku cilok kat tenet......cantik taman nie...baik p..bkn aper kesian aku tgk taman yg cantik nie, xberpengunjung.......

notes : Thanks to azza yg bg suggestion ttg port jogging yg best:-)

Friday, February 1, 2008

Kita Sebagai Insan.............

Kadang2 kita sedar kelemahan kita, sedar kite bkn baik sgt...Lalu kita bertekad ingin berubah......
Tp kadang2 kita tersasar juga...
Kita mudah menilai org...mudah melihat kelemahan org....namun kelemahan sendiri kita tolak ke tepi...
Dan Paling teruk apabila kita rasa diri terlalu perfect...

Oleh itu marilah sama2 kita berdoa kepadanya agar di bersihkan hati kita dan ditetapkan iman kita....
Sabda Rasulullah saw: "Di dalam tubuh anak Adam itu adalah seketul daging, yang mana baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. Jika jahat daging itu, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu ialah hati."

Pembersihan hati & jiwa sgt penting...............
(dari http://nurjeehan.hadithuna.com/category/ibadah-koleksi-doa/page/8/)

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)Muhammad Isa Selamat

Allah swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  • Ikhlas ingin bertaubat
  • Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  • Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  • Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  • Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.