Sunday, February 3, 2013

Pembedahan Tonsil

Hari hari ke-9 hari aku berpantang...
Bkn bersalin,tp berpantang setelah menjalani pembedahan tonsil
Memula aku teragak-agak utk menjalankan pembedahan nie..
Sbb kwn ku kata melalui msg nya :
Tp bila memikirkan demam yg sering berulang and nasihat kakak n kawan ku teruskan juga.

24 hb January 2013 ku check-in di sebuah hosp swasta di Bangi:

Ku di jadualkan menjalani pembedahan pukul 8.30 pagi. So, 2.30 pagi ku diarahkan berpuasa.

25 January 2013

Dari 6.00 pagi ku bangun mandi dan bersolat subuh serta membaca yassin. Membuat preparation sebelum operate. Gigi 2-3 kali ku gosok. Nurse dtg check suhu dan tekanan darah. Ambil darah. 8.30 doctor dtg. Brief sikit n ckp kita jupe nnt yer.

Tapi lama ku tunggu dgn kakak...toilet xyah ckp la brape kali pergi, gigi ntah brape kali ku gosok. Nurse n doc masih juga x muncul2. Perut ku mula sakit. Akhirnya kakak pergi berjupe nurse menyatakan bahawa ku ada gastrik. Nurse dtg membawa ubat gastrik n air. Ku hanya di benarkan minum seteguk.Kata nurse, operation room sedang di gunakan utk kes emergency. So kena tunggu lagi.

Akhirnya selepas solat zohor, jam 2.30 ptg nurse dtg  wheelchair. Debar di dada mula terasa. Aku pun di bawa ke bilik bedah di tingkat 1. Aku di beri baju bedah utk di pakai. Setelah itu aku di suruh baring di atas meja bedah. Tuhan saja yg tahu perasan ms tu. Bila tgk lampu di meja bedah.  Doctor pakar bius dtg menhampiri dan memasang drip kt tgn. Tetiba mereka tinggalkan aku sebentar. Doc pakar bius dtg menghampiri. Katanya "cik, doc dah pasang drip kt tgn cik. Tp doc x bius lg....Skrg mcm nie. De seorg nie bersalin, tiba anak dia tersekat memerlukan pembedahan utk selamatkan baby dia. Nnt nurse antar cik naik atas dulu. Dah selesai nnt nurse amik cik balik. Besar pahala tolong org cik. Cik mudahkan org....Allah mudahkan cik pula"

So sekali lagi aku di sorong ke bilik. Bila berjumpe kakak ku, Air mataku menitik. Terbayang detik berbaring atas meja bedah tadi.
 Pukul 4.00 ptg pintu bilik di ketuk lagi. "Jom" kata nurse sambil tersenyum. Aku pun di tolak ke bilik bedah. Nampak ibu yg bersalin tu di tolak keluar. Dia xsedarkan diri. Both Ibu and Baby Selamat. Alhamdulillah.

Aku pun di suruh berbaring sekali lagi. Aku xsedar bila doctor mskkan ubat bius. Alat bantuan pernafasan di letakkan di mulut n hidung ku. Doc ckp "cik mengucap ya, zikir ya"....nerves mula dtg sekali lagi tp ku tetapkan dalam hati n serahkan semua kepada ALLAH. Lepas tu ku dah sedar dah

Menurut kakak ku, 8.30 malam aku di keluarkan dari bilik bedah. Rasa diri di tolak dah di angkat tp ku x mampu bergerak. Rasa baju di salin dan dengar suara kakak dan kawan yang dtg, tp aku x mampu wat apa2. Rasa seperti koma seketika.






Kakak kata dia menangis melihat aku di usung keluar. Katanya sepeti mayat. Pucat dan mulutku koyak. Mulut ku terkoyak di ke dua2 belah semasa pembedahan tu. Doc kata mulut ku kecik, lidah besar. Hehe









Akhirnya 9.30 mlm, aku mula sedar. Puas melayan utk sedar. Dgr org ckp, nampak kwn dtg, tapi xle bergerak. Puas melawan...gerakkan jari....akhirnya ku sedar sepenuhnya.

Ayat pertama keluar " Na....lapar" (mmg dr semalam aku x mkn). Tp doc x makan. Tetiba aku rs loya n pening. Habis selimutku muntah darah. Malam tu aku x tidur sgt. 6 Kali ku muntah darah

Inilah hasil yg di korek-korek tu...




 26 January (Day 2)

Sakit sgt2 mula terasa di sebelah ptg. Aku hanya boleh mkn bubur n ice-cream. Air menjadi benda sangat sakit utk di telan.....

27 January (Day 3)

Ku dah boleh discharge. Kakak beritahu nak bwk ku balik pahang. Doc x berapa galakkan sgt. Tkot berlaku pendarahan. Tp kakak ku tekad nak bwk balik memandangkan ayah demam n nak sgt tgk aku. Umi dah menangis byk kali dlm phone. So jam 4 ptg kitorg bertolak balik pahang. Bibir ku pucat menahan sakit. Di tambah pula dengan hentakan kereta.

 Hari-Hari berikutnya  begitulah. Kena saba. Mkn bubur yg sangat halus. Tak boleh pedas atau berminyak. Tekak selalu kena basah, kalau tak.....sangattttttt la sakit.

Jelly n ice-cream jadi sahabat sejati. Bubur n air kosong ku paksa mkn walaupun perit. Malam2 akan terjaga sbb sakit. Tido dengan air mata la jawabnya :-) perut lapar...tp selera x ada.


Alhamdulillah..arini ari ke-9. Dah makin selesa. Boleh tido. Cuma sekali semalam je terjaga sbb tekak kering n rasa perit ckit :-)




17 comments:

Anonymous said...

mcm mana nak tahan dari sakit yer..
ank sis baru masuk 5 hari tp mlm2 x dapat nak tido n x boleh bercakap.

Anonymous said...

Salam...nk tanya ...tonsil tu besar 2 belah ke

anuar said...

Risau plak kite..sbb kite pun nak kene operate nanti..ayooo

anuar said...

Risau plak kite..sbb kite pun nak kene operate nanti..ayooo

Maria Arinah said...

berapa ya kos operation?

Syifa Ahmad said...

Sakitnya masyallah. Sudah hari ke 10 lepas operate, still sakit.

lynna baharudin said...

Sy bru je operate tonsil 22hb dis..alhamdulillah, lps operate terus blh ckp..walaupon suara serak..telan air liur mmg x selesa tekak, rse semacam je..xde muntah or loya pon..esoknye dh blh mkn bubur nasi n roti..ble dh discaj wad 23hb dis...balik rmh..bermula la tempoh berpantang..menu pantang smpai skrg: bubur nasi, ikan selar bakar n aiskrim vanila.. :)

Nur Dhaniyah rusydi said...

hmmm.. takut lah .. sampai sekarang kite confused nak buat operation ke nak biarkan macam ni je ... give me idea please ..

putrie waw said...

Sy br lps bedah tongsil. Sejujurnya, skt sgt2 nk telan food or water...air liur pon skt nk telan after bedah. Kne lg virus batuk after bedah...mmg skt. Now dah hari ke 5...tapi alhamdulillah, pmbedahan lancar. Tongsil ni bgs utk prevent bakteria dr trs masuk ke dlm bdn...tapi kalo tongsil kritikal..mkn antibiotik smpai lbh 10 kali dlm setahun..n serangan tongsil yg kerap every month... sy suggest better bedah..nanti impact buah pinggang bila masa hari tua..sbb asyik amalkn antibiotik only... tapi bersedialah pantang...xleh mkn keras2 or pedas..

Unknown said...

Alhamdulillah.baru semalam saya lepas operation tonsil.sampai sekarang nak makan.rasa lapar.tapi still sakit.

MASYUSRINA MOHAMAD said...

Mengandung boleh ooeration tonsil ke..sy operate minggu depan..baru baru ni baru confirm mengandung..

Muhamad Sufian said...

Berapa kos operation?

suhaida rahman said...

alhamdulillah sy br lps operate tonsil. ari ni ari kedua. stkt ni boleh mkn bubur dan ais krim vanilla. tp bubur mampu makan berapa sudu je sebab takot.

Nak batuk pon takot. sbb tkot bleeding.

Saya buat dekat sunway medical center. kos operate dlm rm7500.

Sha Macho said...

Saya bru lps kne hari jumaat 18/8/2017..hari ni isnin dan sy masih mkn bubur..kos perubatan rm7773...di hospital pakar KPJ manjung perak...

damia amani said...

Alhamdulillah..sy baru sahaja lepas menjalani pembuangan tonsil..doc kate besar tonsil sy...ni hari kedua ....muka bengkak...memang akan bengkak ke?

lynna baharudin said...

Muka bengkak?sy xde bengkak pe pon..ari kedua dh blh stat mkn sket2...kunyah lme2..

SALIZA SACHARI said...

Takutnya.. tapi apa punca tonsil ye.