Wednesday, January 30, 2008

Belajar lebih berhati......

Arini.....Arini aku terkunci dalam umah..huhu xleh kuar....aku tertinggal kunci dlm bilik yg aku sendiri kunci...Ms tu dah kul 2..aku dah mula cuak...dh la kena msk keja kul 3...
Aku call umi suh dia dtg....sib baik umi memberi idea yg bernas....Maka dapat la aku kuar dr umah...

Sib baik ader kwn yg bijaksana......

Semalam......Semalam...Alhamdulillah, aku berjaya buat benda aku dh lama dah buat...Dan berjaya..dapatkan sesuatu yg aku nak dapat:-) semuanya dgn izin-Nya

Lately...Aku rasa cam sedikit terleka...lupa bahawa hidup di dunia hanya sementara...Kadang terleka sedikit dalam memikul tangggungjawab sbg Hamba-Nya...

Lately....aku suka lagu nie...naper? don't know...i juz like it.....

Ari Lasso ft. Bunga Citra Lestari-Aku Dan Dirimu Lirik :-

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap
sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

reff:
duhai cintaku, sayangku,
lepaskanlah perasaanmu, rindumu,
seluruh cintamu dan kini hanya ada aku dan dirimu sesaat di keabadian
jika sang waktu kita hentikandan segala mimpi-mimpi jadi kenyataanmeleburkan semua batasantara kau dan aku, kita
repeat reff

Sunday, January 27, 2008

Tenanglah Dirimu Di Sana.............Al-Fatihah




13 Mei 2007




Tetiba aku teringatkan kata seorg sahabat ku di saat dirinya dilukai oleh seseorg....katanya cinta Allah adalah cinta hakiki...Cinta Allah cinta sejati...dia seorang sahabat yg baik..lembut tutur katanya..baik tingkat lakunya...Tetapi ada sesuatu yg membuatkan aku rasa terkilan......sebagai seorg teman dia xlupa tarikh harijadiku...sejak kami berkenalan, bila tiba hari lahirku pasti dia xlupa....sebuah kad ucapan selamat hari lahir kuterima...paling tidak pun sebuah sms.
Tapi aku....bila hari lahirnya pun aku tak tahu......
Dulu kami roomate di tahun 2....selepas itu kami membawa diri masing2 menyewa semasa di tahun 3. Lepas itu kami jarang sgt berjumpa...Klau terserempak di falkulti atau di pondok bas dia pasti 'excited' dan menjerit namaku....Kami pasti berpelukan dan berpegangan tangan........
Satu hari aku dapat panggilan dari seorg teman membawa perkhabran..."Noni, wan nur nadiah dah xder"Aku pula bertanya "Siapa wan nurul nadiah" Ya allah...kwn jenis apakah aku....nama penuh kwn yg pernah tinggal sebilik selama hampir 1 thn pun aku x tau????
Ya Allah, rupanya Nadiah....mcm xpercaya....3 hari aku berendam airmata....bengkak mataku dek tangisan....x selera mkn. Rasanya ingin aku terbang ke rumahnya di terengganu..ingin aku tatap wajahnya buat kali terakhir.Tp apakan dayaku.....aku xtau bagaimana untuk kesana.....
Tp apa yg buat aku rasa bersalah ialah aku x sempat meminta maaf darinya....aku tau walaupun dia x marah atas apa yg aku buat......
Menurut sahabatku...arwah terbabit dlm kemalangan ketika hendak keluar ke bandar melaka untuk membeli handphone........lemah lututnya apabila pihak bomba menutup badan arwah setelah mengeluarkannya dari perut bas..........ku harap dirimu tenang di sana-Al-Fatihah...

p/s* Aku kini belajar menghargai kawan.....

2 pelajar terbunuh, 16 cedera bas terbalik
MELAKA 13 Mei – Dua penumpang sebuah bas terbunuh manakala 16 yang lain cedera apabila kenderaan itu gagal dikawal dan terbalik di Lebuh Ayer Keroh berdekatan pasar raya Jaya Jusco di sini hari ini.
Kedua-dua mangsa merupakan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) yang dikenali sebagai Wan Nurul Nadiah Wan Mansur @ Wan Ismail, 23, dari Besut, Terengganu dan Azimah Abd. Aziz, 21, dari Muar, Johor. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Penumpang lain yang cedera dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) di sini untuk mendapatkan rawatan.
Pemandu bas berkenaan dan isterinya yang kebetulan menaiki kenderaan terbabit juga cedera dan kini dirawat di HM.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner II Zaleha Abd. Rahman berkata, bas tersebut datang dari arah lampu isyarat Hospital Pantai , Ayer Keroh di sini menuju ke arah bandar raya Melaka.
Jelas beliau, kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada sistem brek bas berkenaan yang gagal berfungsi.
“Kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang apabila pemandunya gagal menghentikan bas itu semasa menghampiri lampu isyarat Melaka Mall dan hilang kawalan sebelum melanggar bahu jalan lalu terbalik.
“Berdasarkan kepada kesan tayar kenderaan di atas jalan, kita percaya bas itu mengalami masalah brek,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tersebut supaya menghubungi Unit Trafik Melaka Tengah di talian 06-2842222 untuk membantu siasatan.



Dua penuntut terbunuh bas terbalik elak kereta

MELAKA: Dua penuntut Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) maut, manakala seorang parah selepas bas henti-henti yang mereka naiki terbalik di persimpangan lampu isyarat berhampiran Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh, di sini petang semalam.Mereka yang meninggal dunia ialah Wan Nurul Nadiah Wan Ismail, 23, dari Besut, Terengganu dan rakannya, Azimah Abdul Aziz, 21, dari Muar, Johor.Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala serta badan, manakala Sarimah Ahmad, 20, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka. Mereka ialah pelajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Pengajian Media Utem, di Durian Tunggal.Turut cedera 15 penumpang lain, antaranya Chua Yen Peng, 24; Asmah Kamal, 53; Mahmood Yusof, 51, dan Nur Farhana Sabudin, 20, yang dirawat di Hospital Melaka.Penumpang lain mengalami luka akibat terkena serpihan cermin dan diberi rawatan pesakit luar.Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner II Zaleha Abdul Rahman, berkata ketika kejadian jam 2.20 petang itu, bas Tuah Bas Sdn Bhd itu dalam perjalanan ke pusat bandar dan pemandunya gagal mengawal bas apabila tiba di persimpangan lampu isyarat, dipercayai akibat masalah teknikal kenderaan.“Bagi mengelak bas merempuh beberapa kereta yang berhenti, pemandu berusia 53 tahun itu membelok ke kiri memasuki Jalan Merbok, Taman Kota Emas dan melanggar pembahagi jalan lalu terbalik. "Dua mangsa terperangkap dalam bas ditemui meninggal dunia. Lapan belas penumpang dan pemandu yang tercedera dikeluarkan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) serta Bomba dan Penyelamat dengan bantu orang awam,” katanya ketika ditemui, di tempat kejadian.Seorang penumpang, Suriani Mohamed, 23, berkata beliau bersama Wan Nurul Nadiah menaiki bas kira-kira jam 2 petang di Air Keroh untuk ke Melaka Sentral bagi membeli keperluan harian."Pada mulanya, arwah ingin pergi berseorangan tetapi saya melarangnya dan menawarkan diri menemaninya. Ketika menuruni laluan curam berhampiran Kompleks Mahkamah Melaka, saya terbau hangit dan serentak itu bas meluncur laju."Tiba-tiba saya terasa kepala sakit dan pening, manakala arwah yang duduk di sebelah tersepit. Dengan bantuan orang ramai saya dibawa keluar dan dihantar ke hospital," katanya.Warga Indonesia, Ruhaini Abdul Rahim, 39, pula berkata, ketika kejadian pemandu bas yang juga suaminya sempat menjerit ke arah penumpang supaya bersedia kerana masalah teknikal kenderaan itu."Kejadian berlaku pantas dan tiba-tiba bas menggelungsur lalu terbalik. Saya panik seketika apabila terasa mulut sakit dan berdarah, manakala suami saya cedera pada kakinya," katanya yang sering menemani suaminya bertugas.Ruhaini berkata, pagi semalam suaminya menghantar bas ke bengkel selepas masalah teknikal pada kenderaan itu.










Saturday, January 26, 2008

Sebuah Senyuman, 1000 Kedukaan


Ia dtg lg...seperti selalu, mengekoriku........kemana shj aku pergi. Ia xkn tinggalkanku, xkan biarkan aku bahagia........Ia selalu menggangguku.....selalu mengingatkan ku...ttg sesuatu....sesuatu yg aku benci!!!!.......Kenapa aku x boleh spt mereka? kenapa aku x boleh seceria mereka....kenapa x sama spt mereka......


bagaimana utk aku hapuskan semua itu.....serasa spt mahu aku tinggalkan dunia ini..pergi xkembali...........tp bersediakah aku?????????

Thursday, January 24, 2008

My Life Became Happier

2008 comes.....I found My life is more happier today....thanks friends..u guy are awesome!!!!.....ptg nie we plan to go cycling together..hopefully x hujan la....