Sunday, February 3, 2013

Pembedahan Tonsil

Hari hari ke-9 hari aku berpantang...
Bkn bersalin,tp berpantang setelah menjalani pembedahan tonsil
Memula aku teragak-agak utk menjalankan pembedahan nie..
Sbb kwn ku kata melalui msg nya :
Tp bila memikirkan demam yg sering berulang and nasihat kakak n kawan ku teruskan juga.

24 hb January 2013 ku check-in di sebuah hosp swasta di Bangi:

Ku di jadualkan menjalani pembedahan pukul 8.30 pagi. So, 2.30 pagi ku diarahkan berpuasa.

25 January 2013

Dari 6.00 pagi ku bangun mandi dan bersolat subuh serta membaca yassin. Membuat preparation sebelum operate. Gigi 2-3 kali ku gosok. Nurse dtg check suhu dan tekanan darah. Ambil darah. 8.30 doctor dtg. Brief sikit n ckp kita jupe nnt yer.

Tapi lama ku tunggu dgn kakak...toilet xyah ckp la brape kali pergi, gigi ntah brape kali ku gosok. Nurse n doc masih juga x muncul2. Perut ku mula sakit. Akhirnya kakak pergi berjupe nurse menyatakan bahawa ku ada gastrik. Nurse dtg membawa ubat gastrik n air. Ku hanya di benarkan minum seteguk.Kata nurse, operation room sedang di gunakan utk kes emergency. So kena tunggu lagi.

Akhirnya selepas solat zohor, jam 2.30 ptg nurse dtg  wheelchair. Debar di dada mula terasa. Aku pun di bawa ke bilik bedah di tingkat 1. Aku di beri baju bedah utk di pakai. Setelah itu aku di suruh baring di atas meja bedah. Tuhan saja yg tahu perasan ms tu. Bila tgk lampu di meja bedah.  Doctor pakar bius dtg menhampiri dan memasang drip kt tgn. Tetiba mereka tinggalkan aku sebentar. Doc pakar bius dtg menghampiri. Katanya "cik, doc dah pasang drip kt tgn cik. Tp doc x bius lg....Skrg mcm nie. De seorg nie bersalin, tiba anak dia tersekat memerlukan pembedahan utk selamatkan baby dia. Nnt nurse antar cik naik atas dulu. Dah selesai nnt nurse amik cik balik. Besar pahala tolong org cik. Cik mudahkan org....Allah mudahkan cik pula"

So sekali lagi aku di sorong ke bilik. Bila berjumpe kakak ku, Air mataku menitik. Terbayang detik berbaring atas meja bedah tadi.
 Pukul 4.00 ptg pintu bilik di ketuk lagi. "Jom" kata nurse sambil tersenyum. Aku pun di tolak ke bilik bedah. Nampak ibu yg bersalin tu di tolak keluar. Dia xsedarkan diri. Both Ibu and Baby Selamat. Alhamdulillah.

Aku pun di suruh berbaring sekali lagi. Aku xsedar bila doctor mskkan ubat bius. Alat bantuan pernafasan di letakkan di mulut n hidung ku. Doc ckp "cik mengucap ya, zikir ya"....nerves mula dtg sekali lagi tp ku tetapkan dalam hati n serahkan semua kepada ALLAH. Lepas tu ku dah sedar dah

Menurut kakak ku, 8.30 malam aku di keluarkan dari bilik bedah. Rasa diri di tolak dah di angkat tp ku x mampu bergerak. Rasa baju di salin dan dengar suara kakak dan kawan yang dtg, tp aku x mampu wat apa2. Rasa seperti koma seketika.






Kakak kata dia menangis melihat aku di usung keluar. Katanya sepeti mayat. Pucat dan mulutku koyak. Mulut ku terkoyak di ke dua2 belah semasa pembedahan tu. Doc kata mulut ku kecik, lidah besar. Hehe









Akhirnya 9.30 mlm, aku mula sedar. Puas melayan utk sedar. Dgr org ckp, nampak kwn dtg, tapi xle bergerak. Puas melawan...gerakkan jari....akhirnya ku sedar sepenuhnya.

Ayat pertama keluar " Na....lapar" (mmg dr semalam aku x mkn). Tp doc x makan. Tetiba aku rs loya n pening. Habis selimutku muntah darah. Malam tu aku x tidur sgt. 6 Kali ku muntah darah

Inilah hasil yg di korek-korek tu...




 26 January (Day 2)

Sakit sgt2 mula terasa di sebelah ptg. Aku hanya boleh mkn bubur n ice-cream. Air menjadi benda sangat sakit utk di telan.....

27 January (Day 3)

Ku dah boleh discharge. Kakak beritahu nak bwk ku balik pahang. Doc x berapa galakkan sgt. Tkot berlaku pendarahan. Tp kakak ku tekad nak bwk balik memandangkan ayah demam n nak sgt tgk aku. Umi dah menangis byk kali dlm phone. So jam 4 ptg kitorg bertolak balik pahang. Bibir ku pucat menahan sakit. Di tambah pula dengan hentakan kereta.

 Hari-Hari berikutnya  begitulah. Kena saba. Mkn bubur yg sangat halus. Tak boleh pedas atau berminyak. Tekak selalu kena basah, kalau tak.....sangattttttt la sakit.

Jelly n ice-cream jadi sahabat sejati. Bubur n air kosong ku paksa mkn walaupun perit. Malam2 akan terjaga sbb sakit. Tido dengan air mata la jawabnya :-) perut lapar...tp selera x ada.


Alhamdulillah..arini ari ke-9. Dah makin selesa. Boleh tido. Cuma sekali semalam je terjaga sbb tekak kering n rasa perit ckit :-)




Tuesday, December 25, 2012

Miracle noodle

Hi,
it's juz quick update
Miracle noodles
Di perkenalkan oleh bos aku dii ofis
Di dah berjaya turun 16 KG
Personal trainer dia yg perkenalkan Miracle noodles nie kat dia

Sgt sesuai utk org yg menjalankan diet calorie rendah

 

Ianya di perbuat daripada yam. So x perlu risau lah nak mkn dia. Dia punya calorie and sebagainya spt kt bwh nie





klau balik kerja xtawu nk mkn apa..leh la mkn ngan sup atau tomyam. sedap. Leh digoreng guna olive oil juga :-)






Monday, December 24, 2012

8 Weeks Challage

I guys...
My 8 Weeks challage starts today :-)
Wish me luck okey
I'll tell you when it successfully done
Talk to you soon...Bye


Monday, December 17, 2012

Hi

Hi apa khabar semua :-)
Sedar tak sedar dah setahun lebih tak ber"blog"
Sedang berusaha me"NORMAL"kan blk hidup
Diri terasa "NUMB", kini mula rasa seperti aliran darah mula mengalir (hoho poyo je)
Tp itulah kenyataan 2 minggu pertama rasa seperti xde perasaan
Tiada perasaan Happy, Tiada perasaan sedih, KOSONG...semuanya rasa kosong


But, as time pass by, aku mula rasa HAPPY :-)
Jupe balik kwn lama, make new friend....xplore byk benda, baiki kelemahan diri..
AND aku mula rasa A.L.I.V.E

                                                                                                             ~Lots Luv




Wednesday, September 28, 2011

Apa yg lebih penting?....

I Learn a lots of thing from what i do right now...........
I Luv what i do n i learn a lots
That make me change....a lot of changes that make me be NEW PERSON..
I Learn a lot about people n Life..

So here is my advice & What i wanna be:
1.) Jgn berbangga dengan smartphones, hand bag, make ups, clothes, car yg anda ada klau ianya hutang (credits card)

2.) Jgn berlagak dgn rumah yg anda ada klau ianya rumah sewa

3.) Jgn berlagak klau gaji anda sama saja ngan kwn2 anda

4.) Jgn sibuk nak menayang barang2 yg anda ada..lebih baik sibuk fikirkan brape saving yg anda ada..n macam mana nak tambah. Juga brape duit yg ada bg pada parents?

5.) Jgn sibuk pasal tepi kain org...Anda sendiri dh cukup bagus ker?

6.) U have to change urself before changes others

7.) Selalu la tolong orang, to make u happier..

Wednesday, August 3, 2011

Dua Ramadhan

2 Ramadhan...
Arini blk keja kul 5 (coz bln ramadhan)
Terus menuju ke jalan duta
Niat di hati terus nak ke masjid wilayah..
mcm biasa time blk keja harus la jem..nak-nak di bln puasa nie
6.35 p.m sampai di masjid
Bersolat asar n baca al-quran..serta zikir ckit..
Hati rs sgt tenang..byk perkara yg mengusutkan fikiran kebelakangan ni..
Dah lama x rs setenang ini....

Sementara tunggu azan maghrib...
Ternampak sepasang suami isteri bangsa arab..
Isterinya sgt cantik, putih melepak...memakai jubah n kain sembahyang
Suaminya pun handsome..
Dalam hati terdetik..bhgnya klau jd mereka..
Tetiba2 si isteri menghampiri aku...dia beri cd al-quran n kurma
Di sedekahkah brg itu pada setiap yg ada...Alhamdulillah..
Di bulan mulia ini, semua org berebut2 nak buat amal
Air mata menitik..mengenangkan mulia sungguh bulan ini...
Ramadhan....Janganlah cepat pergi,,,,

Sunday, March 27, 2011

Girls Day Out




Nice Day, Nice place, & Lovely Friends :-)
















Daim's cake




meatball yang sangat sedap


dapnyer meatball :-)